Wednesday 21 January 2009

.: Jangan Calar Citra Keguruan :.

Guru didakwa meliwat, lakukan seks oral

KLANG: Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap seorang remaja lelaki berumur 14 tahun di sebuah rumah di Rantau Panjang di sini, Ogos tahun lalu.

Badrul Akmal Ishak, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii dengan meliwat mangsa di rumah No: 53, Jalan Genting 5/KU4, Taman Kembara 2, Rantau Panjang, kira-kira jam 1 pagi pada 24 Ogos tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Badrul Akmal, yang ditangkap pada 29 Ogos tahun lalu juga didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa, kira-kira pukul 3 pagi di tempat dan hari yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Diambil daripada: Berita Harian Online (21 Januari 2009) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090121160025/Article/index_html


p/s: Kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu sebelanga~ jangan lah rosakkan profession keguruan yang mulia ini..

3 comments:

Alice said...

takutnye.

azarsyafiq said...

makaih..bangangnyer cikgu tuh..huhu

minimainimira said...

isk bikin hati rasa panas ajer.