Showing posts with label from the news. Show all posts
Showing posts with label from the news. Show all posts

Wednesday, 16 June 2010

Martabatkan Bahasa Melayu Dahulu

Oleh ASLIZA MUSA

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua kaum di negara ini perlu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di samping memperkasakan bahasa Inggeris sebelum mempelajari bahasa ibunda lain seperti Tamil dan Mandarin.

Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan mahu mewajibkan pengajaran bahasa-bahasa ibunda tersebut, ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula di sekolah rendah.

"Kita tidak boleh paksa murid-murid belajar bahasa-bahasa tersebut kerana ia agak menyukarkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan mewajibkan penyediaan guru-guru Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran kedua-dua bahasa itu dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.

Menurut Abdul Latiff, langkah kerajaan itu sebenarnya merupakan strategi untuk menarik kaum lain menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan.

Namun, jelasnya, untuk mewajibkan pengajaran kedua-dua bahasa tersebut kepada pelajar, ia sedikit menyukarkan kerana secara tidak langsung akan membebankan mereka apabila terpaksa belajar banyak bahasa dalam satu masa.

Katanya, cadangan itu akan lebih berkesan sekiranya kedua-dua bahasa tersebut diwajibkan kepada murid-murid India dan Cina di sekolah kebangsaan manakala pelajar Melayu diberi pilihan belajar Bahasa Arab.

Selain itu, katanya, sekiranya cadangan itu diteruskan, ia perlu melibatkan murid di sekolah rendah terlebih dahulu manakala pilihan pula diberi kepada pelajar sekolah menengah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pula berpendapat, cadangan itu perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan menyediakan prasarana yang mencukupi terlebih dahulu.

Katanya, sekiranya cadangan itu mahu dilaksanakan dalam waktu terdekat, ia memerlukan satu tempoh percubaan untuk menilai kesan dan kelemahan pelaksanaannya.

"Cadangan ini tidak boleh dilakukan secara sambil lewa kerana ia melibatkan bahasa.

"Kementerian perlu berunding dengan pihak-pihak yang terlibat terlebih dahulu untuk mengenal pasti kekurangan dan kelemahannya," katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata, cadangan itu terlalu awal untuk dilaksanakan kerana penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar masih berada di peringkat tidak memuaskan.

Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan pula berpendapat, langkah itu tidak akan membelakangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Langkah ini membolehkan setiap kaum mempelajari bahasa ibunda masing-masing dan ia tidak akan mengganggu proses untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat," katanya.

Diambil dari: Utusan Malaysia Online 16 June 2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Pendapat aku: Ya.. aku amat bersetuju dengan pendapat bahawa kita perlu memertabatkan Bahasa Melayu dulu. Walaupun pembelajaran Bahasa Mandirin dan Tamil adalah tidak wajib (Menurut TPM dan Menteri Pelajaran) tapi tak perlulah kita nak sangat anak-anak kita belajar bahasa lain dahulu. Ramai budak-budak zaman sekarang BM mereka haishkkk hancur (BM aku pun dah agak teruk.. tatabahasa dan kosa kata aku pun dah tak sebaik masa zaman sekolah dulu). Aku percaya hilang bahasa hilanglah bangsa... tak salah nak belajar bahasa-bahasa lain tapi bahasa sendiri kena juga kita kuasai dahulu. Bagi orang-roang lain (yang bukan Melayu) mereka juga perlu kuasai BM sebabnya mudah.. mereka duduk di negara Malaysia yang menggunakan BM sbagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar harian... Hisk kalau berbincang perihal pendidikan dan bahasa ini sampai sudah takkan habis kerana ia melibatkan politik dan sentimen perkauman sedikit.... penat bila kita pikirkan ia..

Wednesday, 5 May 2010

Cantik Susah Tak Cantik pun Susah

Wanita Cantik Bawa Penyakit

LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.
Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.

Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.


Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.


Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.


Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama.


Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.


Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.


Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.


“Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.

“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.


Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. “Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi

Diambil daripada: Harian Metro Online (2010) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitajelitabawapenyakit/Article


p/s: heheh bila baca artikel nie aku naik gelak ah plak~~ hehhe sebab aku setiap hari dikelilingi oleh gadis-gadis yang cantik-cantik sejak kecil.. tapi ok jek ahhahaha LOL

Sunday, 7 February 2010

:: Perihal SUJUD ::

Assalamualaikum,

Just want to share this with all of you...hope it will benefit all of us.. insyaAllah :)

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.

Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain.

Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.

Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki.

Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Taken from: Berita Harian Online - http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20100206003653/Article

Saturday, 24 October 2009

Malaysia 2010 Budget Summary from The STAR

Budget 2010: "1Malaysia, Together We Prosper"

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has tabled Budget 2010 with the theme "1Malaysia, Together We Prosper". Totalling RM191.5 bil, he said it would be the foundation of a new economic model and precursor to the 10th Malaysia Plan.

These are the main highlights of the speech as per delivery.

* Time for country to move to an economy of innovations to face the challenges of the future

* GDP for 2009 expected to be -3%, better than previous projections of -4% to -5%

Prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak - with Secretary General of Finance Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Finance Minister II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Deputy Finance Minister Datuk Chor Chee Heung and Datuk Dr Awang Adek Hussein - is ready with his briefcase containing the Budget 2010 speech outside the Finance Ministry's Office in Putrajaya Friday. - Starpic

* Focus of Budget 2010 will be on well-being of the people

* Three strategies:

- driving the country towards a high-income economy,

- ensuring holistic and sustainable development,

- focusing on the well-being of the rakyat.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tabling the 2010 budget at the Dewan Rakyat, Friday. - RAJA FAISAL HISHAN/The Star

* Government to make it easier for skilled/qualified people to get permanent residence status. Visa to be granted for family within 14 days.

* CSR Fund of RM100mil to be set up to carry out social programmes.

* Tax breaks for registration of patents and copyrights.

* Big scale factory outlets to be set up to boost tourism besides having major events like KL Grand Prix Fest, National Water Festival, Malaysia International Golf Exhibition and Rain Forest Eco-Challenges

* Taxpayers will get tax relief on broadband subscription fee of up to RM500 from 2010 to 2012. Civil servants can apply for computer loans up to a maximum of RM5,000 from the govt once in every 5 years.

* RM6bil for agriculture sector for irrigation of paddy fields, fish production, fruit farming, livestock farming infrastructure, training

* RM2bil subsidy for farmers and fishermen including subsidies for fertilisers, incentives for padi yields and allowances for fishermen

* RM9bil to finance infrastructure projects including road and bridges projects and rail, sea ports and airports facilities

* RM1.5bil fund to promote green technology by providing soft loans to companies that supply and use green technology

* RM200mil Creative Industry Fund to finance film, drama, music productions, animation, advertisements through Bank Simpanan Nasional

* RM30bil to be allocated to enhance primary and secondary school education nationwide

* Rewards for students who excel in studies:

- 30 National Scholarships for the creme de la creme of students, stictly based on merit

- Conversion of PTPTN loans to scholarships for students who graduate with 1st class honours degree, beginning from 2010,

- Offer of netbook package, including free broadband service, to university students for RM50 per month for 2 years.

* The Permata programme, which emphasises on early childcare and education, including the gifted child programme, to get RM100mil

* Insurance industry to be improved to meet market demand.

* Govt to clamp down on the abuses committed by Ah Longs by enforcing Anti-Money Laundering and Anti Terrorism Financing Act 2001. Moneylenders Act 1951 to be also reviewed.

* Allow 100% foreign equity participation in corporate finance and financial planning companies compared with the present requirement of at least 30% local shareholding.

* To ensure rapid development of financial services, the existing tax incentives to be extended to 2015.

* Among steps to combat corruption is to set up 14 Special Corruption Sessions Courts and 4 Special Corruption Appeal High Courts.

* Tax of 5% to be imposed on gains from the disposal of real property from Jan 1, 2010. Existing tax exemption will be retained for gifts between parent-child, husband-wife, grandparent-grandchild.

* To promote prudent spending, a service charge of RM50 a year to be imposed on each principal credit card and charge card; and RM25 a year on each supplementary card, effective from Jan 1, 2010.

* To ensure that fuel subsidies only benefit targeted groups, Govt will implement a fuel subsidy management system in early 2010, which will utilise the MyKad.

* All ministries and govt departments are required to provide day care and education centres for children of civil servants.

* The maximum income tax rate for individuals to be reduced to 26% from assessment year 2010. Personal relief increased to RM9,000.

* Police force to get RM1bil to improve its services in govt's efforts to reduce crime. Major measures include to increase police presence, including mobile police stations in 50 crime hotspots.

* To promote house ownership, Govt will launch a scheme that enables EPF contributors to utilise current and future savings in Account 2.

* Employees' EPF contribution to be increased to 11% again, on a voluntary basis, effective immediately. However, from Jan 1, 2011 employees' EPF contribution will revert to 11%.

* Personal relief for EPF and life insurance schemes to be increased to RM7,000.

Taken from: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/23/budget2010/20091023161104&sec=budget2010

It is good that Education is still one of the main agenda for this budget. I don't really understand about this Budget actually but from the look of it.. . not much money will be spend for Teacher Education (correct me if I'm wrong)... Anybody want to share their view of this Malaysian 2010Budget?? especially for Education huhu be it Schools, Tertiary level and Teacher Education?

Monday, 8 June 2009

Dear reader,

What do you think about this?

Patutkah bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib?

KUALA LUMPUR: Sasterawan ulung Inggeris, William Shakespeare pernah berkata: 'to be or not to be, that is the question'.

Petikan pujangga itu bermain di fikiran apabila merujuk kepada sama ada bahasa Inggeris patut dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melontarkan persoalan itu untuk dibincangkan oleh orang ramai dan bagi kerajaan mendapatkan maklum balas.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.

"Dengan itu, saya tidak fikir ia (tidak menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus) memenuhi tujuan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita," katanya semasa merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby yang baru di sini hari ini.

Beliau berkata untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan.

"Mungkin idea yang baik ialah mencontohi konsep Maktab Kirby, (iaitu) menghantar guru belajar bahasa Inggeris di persekitaran yang bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata sumbangan guru lepasan Maktab Kirby adalah amat besar dan mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi pada tahun 1950-an dan 1960-an iaitu ketika sekolah-sekolah masih daif dan kemudahan pelajaran masih kurang.

"Walaupun negara kita masih mundur dan tahap keselamatan agak membimbangkan pada ketika itu, kehadiran guru-guru Maktab Kirby yang terlatih dalam bilik-bilik darjah telah membawa pembaharuan kepada sistem pelajaran negara.

"Saya juga dimaklumkan bahawa Maktab Kirby yang (melahirkan guru) berbilang bangsa dan agama ini merupakan ''miniature Malaysia'' di mana semangat ''1Malaya'' dan ''Malaya Boleh'' mula disemai," katanya.

Beliau berkata guru lepasan Maktab Kirby juga menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini, dan ini terbukti dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari tahun 1988 hingga 1998 iaitu Harith Laiki, Idris Tain, Lau Hut Yee dan Dr Yahya Ibrahim.

Muhyiddin turut melancarkan buku "Kirby College-A Heritage" hasil tulisan Dr Shaari Isa serta merasmikan Pameran Maktab Kirby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Maktab Kirby merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik dengan sebuah negara asing iaitu Malaya (kini Malaysia) dibenarkan membuka sebuah Maktab Latihan Guru di England pada 1951.

Maktab itu beroperasi selama sepuluh tahun iaitu dari 1952 hingga 1962 dan telah berjaya melahirkan lebih 1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru, dengan bantuan pakar daripada Institute of Education, University of Liverpool. - Bernama



Taken from : Berita Harian Online (2009) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090608161134/Article.

Tuesday, 24 March 2009

Realiti Profession Keguruan Malaysia.

Siapa cakap jadi cikgu ni mudah? Orang yang cakap macam tu memang naif. Mereka ingat cikgu kerja 5 hari seminggu je ke? Bila cuti sekolah cikgu cuti juga? Tanggapan yang silap dan tidak benar sebenarnya. Tugas seorang guru melangkaui sesi pembelajaran biasa. Lebih-lebih lagi guru yang mengajar kelas peperiksaan. Kelas tambahan tak pernah lekang. Bagi guru yang mempunyai pengalaman mengajar sukan tentunya akan sibuk menjadi jurulatih kepada atlit-atlit sekolah. Berpanas di bawah teriknya mentari setiap kali melatih anak murid. Belum lagi dikisarkan tentang tugasan pejabat yang sentiasa bertali arus. Cabaran mengajar di kelas yang penuh dengan kerenah anak murid yang berbagai sentiasa menanti. Pernahkah kita terfikir bahawa guru dikehendaki melayan 30-40 orang sekali gus? Dan ketika cuti sekolah bukan masa untuk bersenang-lenang bagi guru-guru sekalian. Ada yang menanda kertas peperiksaan. Ada yang perlu menyediakan rancang persekolahan untuk tahun hadapan. Guru besar atau pengetua mempunyai kuasa untuk memanggil guru-guru hadir ke sekolah atas urusan sekolah bila-bila masa ketika cuti sekolah. Macam "on-call" sudah jadinya.

Kalau hanya bercakap tanpa asas dan bukti memang menarik entri kali ini. Tapi ini adalah sebenarnya realiti bidang ini. Saya tak akan bercakap tanpa asas. Pengalaman dan pemerhatian terhadap kakak-kakak saya yang seramai tiga orang menjadi guru di sekolah menengah mahupun sekolah rendah memberi gambaran yang amat jelas terhadap profession ini. Tak guna kalau saya memberi pandangan sendiri. Bacalah laporan dari tabloid di bawah dan mungkin anda akan paham.

Ramai guru sakit jiwa

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.


PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.


NOR ZURAIDA





Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.


Diambil daripada : KOSMO! Online 23 March 2009 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm


Terkejut? Ya saya pada mulanya memang terkejut tetapi setelah dianalisis dan difahami laporan di atas saya dengan rela hati bersetuju. Angka 10% daripada keseluruhan pesakit sakit jiwa di Malaysia adalah para guru amatlah memeranjatkan dan merungsingkan. Tetapi dengan beban tugas yang perlu digalas oleh guru-guru Malaysia masa kini angka tersebut adalah logik diterima akal. Mungkin kini anda lebih paham tugas seorang guru dan tidak memandang mudah tugas dan bebanan yang digalas oleh seorang guru. Mereka bukan sekadar mengajar, mereka adalah pendidik, jurulatih, kerani sekolah dan berbagai-bagai lagi.

Bagi mereka yang ingin menjuruskan diri dalam bidang keguruan. Entri kali ini bukanlah bertujuan untuk menjadi momokan bagi anda. Teruskan minat anda dalam bidang yang mulia ini. Ia hanya bertujuan untuk memberi gambaran sebenar profession ini di Malaysia. Diharapkan anda lebih bersedia untuk menjadi insan yang bergelar guru dimasa hadapan. Semoga kita sama-sama dapat memartabatkan profession keguruan yang mulia ini.

Wednesday, 11 March 2009

Those were yesterdays~

An advice to all students out there~~Think before you act.

Come on, it's just homework

BACK in secondary school, my friends and I were not really part of the "in" crowd. Our only pleasures were playing video games, gawking at pretty girls from a safe distance and reading comic books. We were failures at sports. We didn't have girlfriends. We were the losers, the nerds.

Students who are mature and  hard working will form the foundation of society.
Students who are mature and hard working will form the foundation of society.
 These students are the future of the country.
These students are the future of the country.

"Hey look at that girl! She's hot!" exclaimed one of my friends after school assembly one morning while wiping snot with his dirty handkerchief.

"Ask her out then," I replied, "you've been talking about her for weeks."

"Nah..." retorted my friend, ending our ridiculously weak excuse for a conversation with that one simple word. That was only the tip of the how-boring-life-at-school-could-be iceberg.

But it was not all bad. We had teachers who could make the day our best, or worst, depending on whether you'd done your homework.

My history teacher, let's call her Puan 'R', was a prime example. She could be terrifying, or she could be nice to her students. Usually by the end of each class, she would hand us raft of homework to be done by the next day. The only way to get out of it was to call in sick.

As for the completed assignments, some would get a pat on the back for a good job, or an earsplitting smack on the back if it wasn't.

But despite cowering in fear, none of us held a grudge against the teacher. It was our fault we were not studious, and her punishment was not maliciously intended.

Puan R's ability to bring out the best in her students made her one of the popular teachers in school.

So I was startled by a recent news report from Segamat.

A student is believed to have tried to burn his teacher's brand new car after she scolded him for not doing his homework. The teacher said she would never have thought that a student could do such a terrible thing.

"I'm not fierce with my students," she was quoted as saying.

The student could now be hauled to court on a criminal charge and be locked up for up to two years. A record that will follow him for life.

I'm no expert in psychology and (geek mode alert!) I can't offer sage advice like Yoda to his Padawans.

But here is my two cent worth to all pimply, angst-ridden students, just take things in your stride. Everyone has difficulties in life, be they prince or pauper.

Learn to be patient, anger is not the answer to problems. Being scolded over a simple thing is not a reason to commit a crime. Come on boys and girls, it's just homework.

Taken from: NST Online - My Johor http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Wednesday/MyJohor/2500270/Article/index_html

Thursday, 5 March 2009

Keputusan SPM, STAM 12 Mac Ini~

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam kenyataan hari ini berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.


Alimuddin berkata, pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM 2008 akan diadakan serentak pada 12 Mac jam 9 pagi di Putrajaya.

Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta dan 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian perseorangan, katanya. - Bernama

Taken from : Berita Harian Online (2009) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090305195742/Article/

p/s: Eti nanti dah dapat keputusan bagi tahu abang ok... All the best sis..

Tuesday, 13 January 2009

~Eherm~

Dua orang Islam minum arak didenda RM5,000, sebat 6 kali

KUANTAN 12 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali mengikut syariah ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nasir Mohamad @ Sulaiman, 38, dan Noorazah Baharuddin, 22, mengaku melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam itu.

Mohd. Nasir dituduh meminum arak jenama Tiger Beer di Fun Pub, Holliday Villa, Cherating, pada kira-kira pukul 11.37 malam, 11 Julai 2008. Dia telah berkeluarga dan mempunyai empat orang anak, bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kemaman, Terengganu.

Sementara Noorazah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sini, dituduh meminum arak jenama Heineken di Black Forest Pub, Jalan Gambut dekat sini kira-kira jam 1.20 pagi pada 12 Julai 2008.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Enakmen tersebut turut memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Pelaksanaan hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Rahman berkata, sungguhpun kedua-dua tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, namun jumlah denda yang tinggi dan sebatan yang dikenakan diharap dapat menginsafkan mereka mengenai kesalahan yang dilakukan.

Mengenai hukuman sebat pula, Hakim Abdul Rahman berkata, ia bertujuan bukan untuk menyeksa, tetapi hendak memberi pengajaran dan perasaan malu kepada diri tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Pahang, Saiful Idham Sahimi.



p/s: enough said~ I just hope that this people will realise their mistakes and IF only more and more action were taken in Malaysia this will be a great thing~ Don't you think so?

Monday, 21 July 2008

Profesionalisme guru terhakis?

I was browsing through Metro and found this... so read up fellow teachers wannabe erm bg komen sikit ek betul ke??? Profesionalisme guru terhakis?



"IBU bapa kita pernah bercerita betapa guru zaman 60-an dan 70-an begitu dihormati dan disanjung masyarakat.Karisma dan profesion mereka bukan sekadar di sekolah malah diangkat sebagai pemimpin setempat di kalangan masyarakat."

Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah tidak pernah mempertikaikan hukuman dan didikan guru pada masa itu.

Cuma, ibu bapa berpesan, jika guru memukul atau merotan anak mereka, jangan sampai patah tangan atau patah riuk.

Bagaimanapun, lihat dilema guru hari ini. Kebanyakannya berpendidikan tinggi tetapi masyarakat kurang menghormati mereka.

Jika seorang pendidik memukul, merotan atau mendenda anak mereka, ibu bapa pasti bersemuka dengan guru terbabit dan menengking bagaimana boleh bertindak kasar.

Tidak cukup dengan itu, ada ibu bapa mengambil tindakan menyaman guru sehingga timbul konfl ik di antara ibu bapa dan guru.

Pelajar pula tidak takut dengan guru. Ada guru dipukul pelajar, kenderaan mereka dirosakkan atau tayar dipancitkan.

Justeru, di mana sanjungan dan penghormatan terhadap guru? Apakah guru kini sudah hilang taraf profesionalisme dan kebebasan mencorakkan hala tuju pendidikan kepada anak bangsa? Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Abdul Rashid Mohamed, mengakui senario masa kini memang berbeza berbanding zaman lampau tetapi menganggap kehadiran guru masih relevan dan dihormati.

Beliau berkata, perubahan dunia mengubah mentaliti dan pendirian ibu bapa terhadap pendidik kerana mereka mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing.

“Melalui perubahan ini, ibu bapa yang dulunya memberi kepercayaan penuh kepada guru tanpa banyak soal kini sudah semakin bijak bertanya, memerhati dan menilai,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa terpelajar dan tahu hak masing-masing.

“Bagaimanapun, itu bukan faktor ibu bapa memandang rendah golongan dan kerjaya guru, cuma mereka mahukan yang terbaik.

“Saya kurang bersetuju jika dikatakan ibu bapa sekarang sudah tidak hormat guru,” katanya.

Ditanya sama ada guru masa kini tidak berkualiti sehingga mencabar rasa hormat ibu bapa, beliau berkata, itu tidak benar kerana penilaian bersifat subjektif dan hanya mereka yang ‘bermasalah’ memberi dan mencetuskan tanggapan itu.

Menurutnya, ibu bapa dan guru ibarat aur dengan tebing kerana kedua-duanya saling memerlukan.

“Saya tidak tahu bagaimana wujud tanggapan guru masa kini dikatakan tidak berkualiti, tiada produktiviti malah semakin berani mencabar ibu bapa.

“Keadaan ini sangat merugikan kerana bakal mengundang rasa tidak puas hati kedua-dua pihak hingga menjejaskan kepentingan pelajar.

“Persengketaan di antara guru dan ibu bapa boleh menjejaskan proses pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata, apabila wujud konfl ik, kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelak menjadi bertambah buruk.

“Jangan ambil tindakan menyalah atau menyelar mana-mana pihak tanpa perbincangan.

“Ibu bapa terlalu memberi tanggungjawab yang besar kepada guru dan apabila berlaku sesuatu, mereka terus menunding jari kepada golongan itu padahal ia patut dibawa berbincang.

“Ibu bapa perlu faham, guru mempunyai banyak tanggungjawab.

Jika diasak bertubi-tubi dengan permintaan ‘bukanbukan’ pasti ia meninggalkan tekanan dan hilang kesabaran.

“Keadaan berbeza dengan ibu bapa zaman dahulu. Mereka memberi kebebasan kepada guru mencorakkan pendidikan anak mereka. Mereka tidak campur tangan,” katanya.

Justeru, apakah kebebasan guru semakin terhakis? Dr Abdul Rashid berkata, pelaksanaan undang-undang tidak bermakna kebebasan guru tersekat.

“Yang penting bagaimana guru boleh memberi komitmen tinggi pada tanggungjawab.

Contohnya, jika ada pelajar tidak boleh bergiat aktif dalam kokurikulum, adakah perlu dipaksa atau guru ambil pendekatan sendiri mengatasinya.

“Guru perlu menggunakan ilmu bagi mengawal situasi dengan tenang, bersikap terbuka dan profesional.

“Ibu bapa jika tidak berpuas hati dengan guru perlu menggunakan saluran betul seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bukan menyerang membabi buta.

“Malangnya, ramai menganggap fungsi PIBG tidak penting sedangkan ia platform terbaik menemukan masyarakat dengan sekolah,” katanya.

Beliau berharap ibu bapa jangan lepas tangan dan mengharapkan guru menjaga semua keperluan serta kebajikan pelajar.

“Ibu bapa perlu memikul tanggungjawab lebih berat kerana mereka mendidik bukannya menternak anakanak,” katanya




So what's your opinion??


Taken from:

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/
Monday/Bestari/20080128112138/Article/indexv_html


Saturday, 19 July 2008

Asal Usul Melayu

I read it in Berita Harian online, 19/7/08

Asal usul Melayu terus dikaji

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


TELITI memeriksa serpihan artifak.

Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah

MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.


Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.


Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.

Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.

DR NIK Hassan bersama kumpulan pengkaji melakukan kerja cari gali artifak di Pulau Kelumpang.

Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah.

Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.

Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.

"Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.


"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.

Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.

Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.

Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh.

"Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

"Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.

Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.

Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang

Pulau Kelumpang

  • Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer

  • Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian

  • Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing

  • Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.

  • Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988.


  • Taken from:
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/
    Bmdua/20080706023536/Article/index_html