Tuesday 13 January 2009

~Eherm~

Dua orang Islam minum arak didenda RM5,000, sebat 6 kali

KUANTAN 12 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali mengikut syariah ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nasir Mohamad @ Sulaiman, 38, dan Noorazah Baharuddin, 22, mengaku melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam itu.

Mohd. Nasir dituduh meminum arak jenama Tiger Beer di Fun Pub, Holliday Villa, Cherating, pada kira-kira pukul 11.37 malam, 11 Julai 2008. Dia telah berkeluarga dan mempunyai empat orang anak, bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kemaman, Terengganu.

Sementara Noorazah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sini, dituduh meminum arak jenama Heineken di Black Forest Pub, Jalan Gambut dekat sini kira-kira jam 1.20 pagi pada 12 Julai 2008.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Enakmen tersebut turut memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Pelaksanaan hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Rahman berkata, sungguhpun kedua-dua tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, namun jumlah denda yang tinggi dan sebatan yang dikenakan diharap dapat menginsafkan mereka mengenai kesalahan yang dilakukan.

Mengenai hukuman sebat pula, Hakim Abdul Rahman berkata, ia bertujuan bukan untuk menyeksa, tetapi hendak memberi pengajaran dan perasaan malu kepada diri tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Pahang, Saiful Idham Sahimi.



p/s: enough said~ I just hope that this people will realise their mistakes and IF only more and more action were taken in Malaysia this will be a great thing~ Don't you think so?

4 comments:

minimainimira said...

huh ramai lagi yg mcm ni kat msia..
mmg patut hukuman yg dorg kena tu..
takpun lagi berat..
suhaimi nnt pos berita best2 k..
aku mls nak baca paper..hehe

Athirah Dahman said...

bagus la pasal perlaksanaan hukum tu. tapi, x seronok la kalau dia paparkan nama orang yang kena tu. masalahnye, bukan si pelaku je yang malu, aibnya pada keluarga sendiri jugak. ishk. i dunno, tapi, rasenye nak memberi peringatan jangnlah sampai mendedahkan aib orang lain.~peace~

kudabesi said...

TAKBIR!!!

di saat orang memerangi arak thai song dan seangkatan..jgn lupa ramai lg yg amik carlsberg, heineken, JD, johnny walker dll

wpon dorg bayar cukai..tp org islam tak leh minum..byr la cukai arak mahal mane pun..hukum haram

ni kat pahang ramai lg tak kena..

Suhaimi Abd Wahid said...

mYra: hhhhuhu akan aku post2 berita2 mnarik insyaAllah~

Athirah: herm maybe btoi maybe salah~ takpa lah jd pengajaran utk smua~

kudabesi:Bukan kat Pahang jek~~ Kat mana2 pon sama jek~ Herm mansuhkan jek lesen ARAK kan~~