Sunday 20 June 2010

:: Selamat Hari Bapa ::


:: An old picture of me and my late dad owh betapa rindunya aku pada Arwah ::

Assalamualikum warrahmatullahi wabarakatuh,

Kehadapan ayahanda tercinta... Allahyarham Abdul Wahid Bin Tarkin... Terima kasih kerana membesarkan kami anak-anak ayah sehingga menjadi apa yang kami kecapi hingga kini...

Emi rasa amat-amat rindu pada ayah... Nak kena marah... Nak kena tegur... Nak ajar macam mana bawak motor... Nak ajar macam mana masak Mee Hoon Sup power ayah tu...

Sebenarnya banyak sangat benda yang Emi rasa Emi dan adik-beradik lain terlepas bila ayah dah pergi... Ayah tak pernah dapat tengok anak-anak ayah berjaya mendapat segulung ijazah... Tengok Along dan Ayie kahwin... Paling terkilan Emi tak dapat nak bahagiakan ayah... Bagi ayah rasa duit gaji pertama Emi... Ayah dulu sanggup bersusah payah kerja untuk kami..tapi kami tak sempat nak membalasnya...

Ketika orang lain menyambut Hari Bapa disamping bapa-bapa mereka... dengan hadiah... kek.. . makan-makan... berjalan-jalan.. apa yang Emi mampu hanyalah menziarahi pusara ayah dan mendoakan kesejahteraan Ayah sahaja...

Walaupun kita dah tak lagi bersama... tapi dalam hati dan memori Emi sentiasa ada ayah...

Al-Fathihah untuk arwah ayah yang tercinta~~~

Daripada anak Ayah yang sentiasa khilaf...

EMI


p/s: Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa di seluruh Malaysia..


No comments: