Wednesday, 28 April 2010

Kerana Tugasan Terakhir dan Peperiksaan

:: Me Last Assignment for My Degree ::

My academic spectrum is nearing to its END!!!!!

Ini untuk degree @ Ijazah pertama aku lah... Herm.. semalam aku sudah hantar tugasan terakhir aku - "ES421 Linking Theory and Practice in the Language Classroom"... Belajar cara-cara nak mengajar dalam kelas Bahasa Inggeris...subjek yang menarik tapi tugasan-tugasan dia hiskkk penat lah nak siapkan.... Bila aku dah satukan semua bahan-bahan seperti refleksi aku... lampiran.. dan contoh-contoh bahan mengajar.. Aku tenung tugasan aku tu kat atas lantai... aku rasa sedih pula...

Yelah kan dah siap dah tugasan terakhir.. mesti rasa macam pelik.. Lepas ini tak tahu lah bila lagi dapat melalui proses meminjam dan berebut buku-buku di perpustakaan, baca buku yang bertimbun, buat draft (heheh nia paling jarang aku buat), tanya-tanya kawan macam mana nak menjawab, bersengkang mata manyiapkan tugas sampai lewat malam... hahahahaha Cara hidup seorang pelajar di institusi pengajian tinggi.. :D Kalau sambung belajar untuk Ijazah kedua @ master pun rasanya dah tak macam ini lagi dah.. semua buat sendiri-sendiri lepas nie.. mesti rasa sedih semacam...

Tapi, dalam tenung-tenung aku punya tugasan itu aku rasa puas... Tugasan terakhir ini aku buat yang terbaik (bagi aku lah) aku baca banyak kali aku edit.. aku tambah itu..tolak ini hahaha Harap-harap markah yang aku dapat nanti ok lah... Tak mengharap sangat pun sebab aku bukan pelajar cemerlang sangat pun.. biasa-biasa sahaja~~

Lepas ini hanya tinggal peperiksaan sahaja.. dua subjek... tapi dua-dua subjek yang membunuh dan aku tak tahu macam mana nak jawab sebenarnya... entah laaaaaaaaaahhhh ahai... Doakan aku dapat jawab dengan baik ye... dan lulus dengan markah yang agak okay.. takut sangat sebenarnya.. sebab aku tengah baca-baca untuk peperiksaan tue.. tapi aku kurang paham apa yang aku baca.. tua lah masa kuliah aku tak ambil pusing sangat apa yang pensyarah cakap!!! huhuhu salah sendiri lah ni... Ya Allah semoga aku dapat kepintaran seperti para nabi dan rasul.. permudahkan urusan aku ya Allah~~

Ok lah kepada kawan-kawan Cohort 4, B.Ed TESL IPG KBA... Buat yang terbaik utuk peperiksaan nanti dan kepada kawan-kawan yang membaca entri kali ini (ada orang ke yang follow aku punya blog? heheh).. Doakan lah saya dapat menjawab peperiksaan dengan baik... takut..takut..takut...

Allahumma Yassir Wa La Tu’Assir Ya Kareem..
Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan,
wahai Tuhan Yang Maha Mulia..



p/s: Sambung study!! Yeahhhhaaaa (-_-)V
p/s: Mungkin aku sedih sebab lepas ini dah tak bersama rakan-rakan karib agaknya... Nanti aku busy dengan praktikum... Diaorang busy dengan belajar dan kelas semua... On top of that, aku rasa macam nak duduk luar lah sem... entah lah.. aku malas duduk dalam IPBA ni~~

1 comment:

Alice said...

Good luck to you too!! :D