Sunday, 25 April 2010

Bila Perbuatan Maksiat Dibangga-Banggakan

Hati ini pilu..sedih..pedih..
Mendengar kata-kata bangga seseorang yang berjaya melakukan maksiat..
Umpama Allah tidak melihat...
Umpama sudah tiada rasa segan...


Aku yang mendengarnya amat malu sekali...
Kerana aku melihat mereka itu adalah insan-insan yang rapat...
Kalau ditegur.... Apa kata mereka?
Engkau siapa mahu menegur aku?
Kadang kala disambut pula dengan jawapan-jawapan jenaka...
Yang bagiku mempersendakan hak Illahi...


Aku sendiri amatlah tidak sempurna...
Kerana aku seperti kamu juga...
Khilaf sekali sekala...
Tapi bagiku...
Untuk jauh menghanyutkan diri dari batasan syariat...
Aku sendiri tidak mampu...
Apakan lagi kalau mahu berbangga-bangga tentangnya....


Ya Allah...
Apa yang aku mampu pohon adalah keberkatan dan kekuatan...
Untuk diri ini tetap menegakkan yang ma'ruf...
Menangkis yang mungkar...




Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.
(Hadits riwayat Imam Muslim).



p/s: Aku tidak mahu selama-lamanya memiliki iman yang lemah... Ya Allah~~

3 comments:

Alice said...

same here. thanks for the reminder. :)

segelas kopi panas said...

klu xleh dengan perbuatan,
cuba dengan lidah

klu xleh dengan lidah
cubalah doa dengan hati.

Suhaimi Abd Wahid said...

alice: sama2 kita beringt.. n mngingtkn semua org..

kopi: smpai bila just hnye doa dgn hati? smpai bila nk berada dlm tahap iman yg paling lemah?? tue jek aku slalu pikir~~