Sunday, 18 January 2009

:: SELAMAT HARI LAHIR ::

:: Mak dengan cucunya ::

Assalamualaikum Mak,

Hari ini 18 Januari 2009, genaplah 58 tahun umur mak... Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T dalam umur yang sudah lanjut ini mak masih lagi dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Sudah lama benar Mak bersama kami semua, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Banyak sungguh pergorbanan mak terhadap kami 9 orang adik-beradik. Pengorbanan yang tak terhingga...yang tak mungkin kami adik-beradik semua mampu untuk membalas. Lebih mencabar lagi apabila mak kehilangan orang yang mak sayangi, ayah, dan mak terpaksa meneruskan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Cabaran demi cabaran mak hadapi demi kebahagian anak-anak mak ini.

Dihari ini Emi nak mengucapkan Selamat Hari Mak~ Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T hendaknya, semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk membesarkan kami 9 orang semua.

By the way.. tak sabar Emi nak balik Malaysia untuk cium pipi mak. Takpalah InsyaAllah kalau umur panjang kita jumpa hujung tahun ni mak~~ Okay lah sampai sini sahaja~~

Wassalam..

EMI

:: Eidul Adha 2008 - The whole family is there, except me huhuh ::

3 comments:

Anonymous said...

Selamat hari lahir to your mother, Suhaimi :) Baru sekarang tahu mak kita lahir pd tahun yg sama ^^

minimainimira said...

happy birthday makcik.harap dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa.

Anonymous said...

semoga Allah swt merahmati mak cik...ameen...kalau mak cik baca entri suhaimi ni,mesti terharu dia nanti...:)